03/05/2013

Sejak 13 tahun hamba berkelana di Bumi Hang Tuah ini dari tahun 2000, telah banyak perubahan dan perbezaan telah berlaku.. baik dari segi insfrstukturnya dan kemodenannnya..

Namun tempat menarik dan wajib dikunjungi setiap kali bertandang ke Bumi Melaka ini juga kian bertambah..
Keunikan dari segi kedai dan tempat makanan juga kian bertamabah.. dan semestinya mencari tempat makanan yang sedap atau susah didapati di tempat lain.

Pada saya, jika anda telah berkunjung ke melaka lebih 4 tahun yang sudah, maka anda perlu dtg semula ke Melaka utk melihat sendiri perbezaan dari sebelum ini.. anda akan mengetahuni dengan entri yg akan saya ceritakan dalam blog ini..

Melaka Wonderland, Ayer Keroh  - (baru dibuka sejak 2tahun lepas)
merupakan taman tema air yg tebaru..

Kapal Selam yg tidak lagi boleh menyelam - ( Dibuka dan dinaikkan ke darat kira-kira bbrp bulan yang lepas)

Dinosur Park (sebelah melaka wonderland) - Baru dibuka pertengahan tahun 2012..
Anda dan anak anda boleh merasai debaran jika Dinosur betul2 berada dihadapan anda.. dengan teknologi, replika dan suara yang menyerupai dinosur, anda harus merasai kegerunan dan debaran dengan Dinasour seakan Real ini..

Taman Burung terbesar di Asia, Ayer Keroh - Baru di buka bulan April 2013, terletak di Taman Botanikal, Ayer Keroh Melaka.. Merupakan Taman Burung terbesar di Asia.. memang besar, pelbagai spesis burung ada, anda juga blh memberi makan pada burung-burung yg jinak serta memegang dan bergambar dengan antara burung yang terdapat di sini..


Melaka Alive - Melaka Alive Bahtera Merdeka sebuah panggung wayang menggunakan tirai air yang dibangunkan di atas sebuah kapal. Mula dibuka September 2012, terletak bersebelahan Dataran Pahlawan, berhadpaan Kota Afamosa Melaka.


 Taman Buaya, Ayer Keroh - Taman Buaya kini telah berwajah baru, tidak membosankn lagi seperti dahulu.. anda dapat melihat perbezaannya. Antaranya bangunan mini yang mashur di Malaysia ini.. seperti Bangunan Tugu Negara, Bangunan Putrajaya, Menara KLCC, Bangunan Parlimen,Tugu Kota A Famosa, Muzium Melaka dan sebagainya. Taman Buaya juga mempunyai Taman Mini Air sekali. jika lepas puas berjalan di dalam, bolehlah bawa anak anda untuk mandi sekali di taman mini Air di dalam Taman Buaya ini..Dan paling penting, anda tidak perlu risau kerana anda tidak mandi dengan buaya pn kerana semua buaya berada di sangkarnya sendiri, dan jauh berasingan. Kedua harga tiket masuk ke taman ini merangkumi sekali dengan taman Mini Air ini. :)

Taman Mini Malaysia dan Asean, Ayer KerohBaru dibuka semula pada akhir 2012, Setelah 2-3 tahun ditutup untuk direnovasi dan ditransformasi, kini taman Mini Malaysia berwajah baru, bersih dan lebih menarik.. 


**bersambung
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Dapatkan update dan promosi terkini melalui FB page kami.